Objektif, visi dan misi



Objektif Taska Genius

  •           Membuka minda ibu bapa bahawa kanak-kanak merupakan individu yang boleh dan mudah menerima sesuatu pembelajaran dari seawal usia
  •           Meningkatkan semua aspek perkembangan kanak-kanak untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.
  •           Membina keyakinan diri, kepercayaan dan kemesraan kanak-kanak terhadap persekitaran mereka.
  •           Memberi pendedahan pendidikan, pergaulan dan pembinaan asas-asas Islam dalam diri dan kehidupan kanak-kanak.
  •           Memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk menanggani masalah penjagaan anak-anak

VISI

Melahirkan kanak-kanak yang berkebolehan dari segi intelektual, rohani, jasmani dan emosi tanpa mengabaikan fitrah kanak-kanak. Menerapkan jiwa kanak-kanak menjadi insan yang berpengetahuan luas, mengamalkan akidah dan akhlak terpuji serta akal yang sihat dan cergas. Juga bersedia berbakti kepada keluarga bangsa dan juga negara.

MISI
  • Membimbing kanak-kanak supaya boleh membaca, dan mengira seawal 4 tahun.
  • Membentuk akhlak yang mulia dalam diri kanak-kanak dan mengaplikasi dalam kehidupan mereka.
  • menerapkan asas dan cara hidup islam yang baik
  • mencungkil bakat dan kebolehan kanak-kanak
  • menyediakan kanak-kanak ke peringkat yang lebih formal

No comments:

Post a Comment